Sebelum menunaikan umrah di Mekah, perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat umrah ialah:
- Mengerat kuku, merapikan janggut, misai dan rambut, menanggalkan bulu-bulu ketiak, gosok gigi dan sebagainya.
- Mandi sunnat ihram
- Mengambil Wuduk
- Memakai Pakaian Ihram Selepas Mandi Sunat Ihram
- Solat Sunat Ihram yang boleh dilakukan di hotel atau di Miqat sebelum niat ihram.
Selepas itu Jemaah umrah akan menaiki bas untuk ke Mekah dan berhenti di Miqat Bir Ali untuk niat ihram dan solat sunat ihram. Niat ihram di Miqat (sempadan) untuk memasuki Mekah bergantung kepada ketibaan sampai di Mekah sama ada dengan bas dari madinah atau dengan kapalterbang dari Malaysia. Jemaah umrah dari Malaysia yang terus ke Makkah di lakukan di atas kapal terbang iaitu lafaz niat di Miqat Qarnul Manaazil iaitu lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.
Bagi Jemaah umrah yang mendarat di Madinah seperti saya, akan menaiki bas lebih kurang 2 jam dan lafaz niat ihram dilakukan di miqat Bir Ali. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.