Skip to main content
Perkara Wajib Semasa Mengerjakan Umrah
Panduan menunaikan umrah iaitu bermula dari melakukan DUA perkara wajib umrah (perkara wajib di lakukan, jika tidak di lakukan umrah sah tetapi dikenakan dam) dan menyelesaikan rukun umrah di Mekah. Setelah sampai di Miqat yang sudah lengkap berpakaian ihram, melakukan perkara wajib untuk menunaikan umrah ialah :
1. Niat ihram di Miqat
Niat نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى atau boleh niat dalam bahasa melayu “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala”
2. Menjaga larangan ihram.
Setelah melafazkan niat ihram yang lengkap berpakaian ihram, maka mesti melakukan 5 rukun umrah di Mekah dan meninggalkan larangan ihram.