Masjid Quba terletak kira-kira 5 km dari selatan Madinah di daerah Quba. Orang Quba adalah orang pertama yang menyambut kedatangan Rasulullah SAW semasa penghijrahan baginda ke Madinah. Di Quba, Nabi Muhammad SAW mendiami rumah Kalsum bin Hadan dan mendirikan masjid di atas sebidang tanah milik Kalsum.