Perkuburan Al Baqi’

Perkuburan ini terletak di sebelah timur Masjid Nabawi. Uthman bin Affan r.a. serta beberapa sahabat lain dan para isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Aisyah r.a., Ummu Salamah, Juwairiyah, Hafsah binti Umar dan Mariyah al-Qibtiyah telah dikebumikan di perkuburan Baqi’. Putera dan puteri Nabi Muhammad, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalsum turut dikebumikan di sini.