Raudhah

Raudhah terletak di dalam Masjid Al Nabawi yang merupakan tempat suci yang penuh dengan barakah. Bermula dari Makam Rasulullah hinggalah ke mimbar dan tempat muazim adalah tempat doa mustajab. Jemaah haji dan umrah boleh berdoa serta memohon kepada Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Mengikut hadis nabi, berada di Raudhah seolah-olah berada di taman-taman syurga.