Madinah Al-Munawarah


Madinah Al-Munawarah adalah kota suci kedua dalam Islam selepas Mekah Al-Mukaramah. Dengan kedudukannya yang terletak sekitar 425 kilometer di utara kota Mekah, kota tersebut menjadi destinasi wajib kepada sesiapa yang dijemput sebagai tetamu Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji serta umrah.

Mengikut sejarah, Madinah adalah kota yang sebelum hijrahnya Rasulullah SAW dikenali sebagai Yathrib. Penduduknya pula terdiri daripada dua suku bangsa iaitu suku Arab terdiri daripada kabilah Aus dan Kahzraj serta suku kaum Yahudi. Ketika Rasulullah SAW masuk ke Yathrib ketika hijrah, baginda kemudian menggantikan nama kota tersebut itu dengan Thaibah dan Thabah.



Selepas itu kota suci itu le­bih dikenali dengan nama Ma­di­nah Al-Mu­nawarah (kota yang berca­haya). Dengan kesan sejarah yang begitu banyak di sini, Madinah di bawah peme­rintahan Rasulullah SAW selama kira-kira 10 tahun muncul sebagai sebuah negara Islam pertama di dunia sekali gus menjadi pusat dakwah dan pengemba­ngan Islam ke merata tempat.

Justeru, tidak lengkap keha­diran jemaah ke Tanah Suci sama ada menunaikan umrah mahupun haji jika tidak menzia­rahi kota Madinah. Sememang­nya Madinah adalah kota yang wajib dikunjungi jemaah haji mahupun umrah apatah lagi kedudukannya yang amat dicintai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Rancang Umrah anda di www.mursyidalharamain.com